BERDZIKIRLAH SAMPAI AJAL MENJEMPUT
BERDZIKIRLAH SAMPAI AJAL MENJEMPUT
Tidak akan ada yang dapat mengamalkan nya kecuali jiwa yang dipenuhi rasa cinta, dan suka untuk selalu mengingati-Nya dan kembali kepada-NYA.
Orang yang mencintai sesuatu akan banyak mengingatinya, dan orang yang banyak mengingat sesuatu (meskipun pada mulanya ia seakan satu pembebanan) pasti akan mencintainya. Begitu halnya dengan orang yang berzikir kepada ALLAH SWT.
Apabila seorang Muslim sampai pada darjat jatuh cinta serta suka berzikir, maka ia tidak lagi gemar mengisi waktu-waktunya dengan perbuatan lagha (sia-sia) dan perkara-perkara yg melalaikan, selain zikir kepada ALLAH TA’ALA.
Allah SWT berfirman,
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152).
“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.” (QS. Al Baqarah: 152).
Ancaman Allah itu keras sekali bagi yang lalai dari-Nya!
Allah SWT berfirman:
وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ فَاِنَّ لَـهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَّنَحْشُرُهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اَعْمٰى
""Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari megingati Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta"."
(QS. Ta Ha: Ayat 124).
""Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari megingati Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta"."
(QS. Ta Ha: Ayat 124).
Allah SWT berfirman:
وَمَنْ يَّعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمٰنِ نُقَيِّضْ لَهٗ شَيْطٰنًا فَهُوَ لَهٗ قَرِيْنٌ
"Dan sesiapa yang hatinya tidak mengindahkan zikir kepada Yang maha Pengasih, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 36).
"Dan sesiapa yang hatinya tidak mengindahkan zikir kepada Yang maha Pengasih, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya."
(QS. Az-Zukhruf: Ayat 36).
Allah SWT berfirman:
اِسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطٰنُ فَاَنْسٰٮهُمْ ذِكْرَ اللّٰهِ ؕ اُولٰٓئِكَ حِزْبُ الشَّيْطٰنِ ؕ اَ لَاۤ اِنَّ حِزْبَ الشَّيْطٰنِ هُمُ الْخٰسِرُوْنَ
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi."
(QS. Al-Mujadilah: Ayat 19)
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi."
(QS. Al-Mujadilah: Ayat 19)
Ketika Allah swt ingat kepada dirimulah, maka Dia mengingati dirimu melalui sifat-Nya yang dinisbahkan pada dirimu agar dapat mengingati Diri-Nya dengan tajalli sifat-Nya itu!
Tsabit Al-Banani berkata, “Saya tahu bila saatnya ALLAH mengingatku.” Orang-orang pun merasa khuatir dengan ucapannya sehingga mereka pun bertanya, “Bagaimana kamu mengetahuinya?” Tsabit menjawab, “Saat aku mengingat-Nya, maka DIA mengingatku.”
Dalam Hadits Qudsi juga disebutkan, “ALLAH TA’ALA berfirman, ‘Aku akan bersama hamba-Ku selama ia mengingat-Ku dan kedua bibirnya bergerak kerana Aku.”
(HR. Baihaqi & Hakim)
(HR. Baihaqi & Hakim)
Sahabat Nabi Shallallahu alaihi wasallam, Muadz bin Jabal berkata, “Tidak ada yang disesali oleh penghuni syurga selain waktu yang mereka lewatkan tanpa berdzikir kepada ALLAH TA’ALA.”
Seorang Muslim yang senantiasa berzikir akan senantiasa mendapatkan kebaikan demi kebaikan.
Rasulullah bersabda, “Tiada suatu kaum yang duduk sambil berdzikir kepada ALLAH melainkan mereka akan dikelilingi oleh malaikat, diselimuti oleh rahmat dan ALLAH akan mengingat mereka di hadapan makhluk yang ada di sisi-Nya.” (HR. Bukhari).
Dzikir merupakan inti dari sikap dan rasa syukur. Tidaklah dikatakan bersyukur pada Allah SWT orang yang tak pernah mahu berdzikir. Allah akan mengingat mereka yang sering berdzikir dan menjanjikan akan menambah nikmatnya jika kita mahu mensyukuri semua anugerah-Nya.
Tanda Cinta-Nya...
Rasulullah SAW bersabda pada Mu’adz,
« يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّى لأُحِبُّكَ ». فَقَالَ « أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِى دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ »
“Wahai Mu’adz, demi Allah, sungguh aku mencintaimu. Demi Allah, aku mencintaimu.” Lantas Nabi SAW bersabda, “Aku menasehatkan kepadamu–wahai Mu’adz-, janganlah engkau tinggalkan di setiap akhir shalat bacaan ‘Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah tolonglah aku untuk berdzikir dan bersyukur serta beribadah yang baik pada-Mu).” (HR Abu Dawud dan Ahmad)
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s. berkata sesuatu kepada Tuhan,
“Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?’
Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengasih menjawab, ‘Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’
Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah سبحانه وتعالى menjawab, ‘Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berdzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku.
Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya.’
Musa bertanya, ‘Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?’ Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Pengampun menjawab, ‘Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, sehingga ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku.’”
--Imam Al-Ghazali dalam Al-Mahabbah
Semuga ALLAH anugerahi kita hati yang senantiasa suka, cinta dan rindu untuk selalu berzikir kepada-NYA.
Semoga bermanfaat
https://terashikmah47.blogspot.com
Kami sediakan tasbih kayu kaoka untuk sarana dhikir dan wirid anda agar lebih semangat..
Info pemesanan wa 081391176577
0 Response to "BERDZIKIRLAH SAMPAI AJAL MENJEMPUT "
Post a Comment